Sunday, August 31, 2008

Fadhilat Ramadhan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Firman Allah Taala yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, difardhukan ke atas kamu puasa, sebagaimana difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." (Surah al-Baqarah : 183).

Daripada Abu Hurairah RA. : Sesungguhnya Rasululllah SAW. telah bersabda : "Apabila datangnya Ramadhan dibuka pintu syurga, dikunci pintu neraka dan dirantai Syaitan-syaitan." (Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim).

Tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari yang dihormati :
Kita telah sedia maklum bahawa bulan ramadhan adalah bulan yang mulia di sisi Allah dan RasulNya. Oleh itu, kita sepatutnya memuliakan kedatangan bulan ini. Kali ini, saya membentangkan beberapa buah hadis sohih yang berkaitan tentang fadhilat Ramadhan untuk dibaca, difahami, direnungi, diyakini, diamalkan dan disampaikan kepada orang lain. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat dan ganjaran daripada Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah RA. : Sesungguhnya Rasululllah SAW. telah bersabda : "Puasa itu perisai. Jangan berkata keji dan jangan mengumpat. Jika seseorang menyakitinya atau memaki hamunnya, maka katakanlah : Sesungguhnya aku berpuasa (2 kali). Dan yang diri Muhammad SAW. di tanganNya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada kasturi. Hambaku meninggalkan makan minumnya dan syahwatnya kerana aku. Puasa itu bagiKu dan Akulah yang memberi pahalanya. Dan kebaikan itu digandakan 10 kali pahala seumpamanya." (Hadis Riwayat Bukhori).

Daripada Abu Hurairah RA. : Telah bersabda Rasululllah SAW. : Allah SWT. telah berfirman yang : "Setiap amalan anak Adam baginya kecuali puasa; kerana sesungguhnya puasa itu bagiKu dan Akulah yang memberi ganjarannya. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, janganlah berkata keji, mengumpat dan berbalah. Jika dimaki hamun seseorang atau menyakitinya, maka katakanlah : 'sesungguhnya aku berpuasa'. Dan yang diri Muhammad SAW. di tanganNya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada kasturi. Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan. Gembira ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya kerana puasanya." (Hadis Qudsi Riwayat Bukhori).

Daripada Sahlin RA. : Sesungguhnya Rasululllah SAW. telah bersabda : "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang dipanggil 'ar-Rayyan'. Orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat. Tidak masuk melaluinya seorangpun selain mereka (orang-orang yang berpuasa). Dikatakan : 'Di manakah orang-orang yang berpuasa. Lalu mereka berdiri, dan tidak masuk melaluinya seorangpun selain mereka. Apabila mereka masuk, pintu itupun ditutup. Tidak pernah masuk melaluinya seorangpun." (Hadis Riwayat Bukhori).

Daripada Abu Hurairah RA. : Telah bersabda Rasulullah SAW. : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya dengan penuh keimanan dan ketaatan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu, dan sesiapa yang menghidupkan malam 'Lailatul Qadar' dengan penuh keimanan dan ketaatan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu". (Hadis Riwayat Termizi).

Telah bersabda Rasulullah SAW. : "Ramadhan ke Ramadhan, dan Jumaat ke Jumaat, dan sembahyang ke sembahyang, menghapuskan dosa antaranya, jika menjauhi dosa-dosa besar". (Hadis Sohih Riwayat Ahmad, Muslim dan Baihaqi).

Telah bersabda Rasulullah SAW. : "Ia (Ramadhan) ialah bulan sabar, dan sabar itu pahalanya syurga." (Hadis Sohih Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi).

Telah bersabda Rasulullah SAW. : "Awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan Allah, dan akhirnya pelepasan dari Neraka." (Hadis Sohih Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi).

Daripada Ibnu Umar RA. : Telah bersabda Rasululllah SAW. : "Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang dusta serta beramal dengan perbuatan yang batil dan tohmah, maka Allah tidak memandang dan tidak menerima puasa tersebut." (Hadis Riwayat Bukhori).

Daripada Abdullah RA. : Ketika kami bersama Rasulullah SAW, baginda bersabda : "Sesiapa yang berkeinginan untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, kerana kahwin itu menjaga pandangan dan kehormatan. Barangsiapa yang tidak berupaya maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan syahwat." (Hadis Riwayat Bukhori).


Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Al-Firdausi ;
Kuliah Syariah dan Undang-undang,
Universiti Al-Azhar,
Tanta, Mesir.

Tuesday, August 19, 2008

CiNTa

Sebenarnya C.I.N.T.A. itu bermaksud:

C=Cinta
I=Itu
N=Nafsu
T=Tanpa
A=Allah

CINTA yang dilafazkan bukan kerana Allah hanyalah
lafaz yang tidak bermakna. Kasih, sayang, cinta, dan
semua perasaan yang terbit dari hati semestinya
dimangkinkan dengan lillah agar ia menjadi satu yang
berbentuk ibadah umum. Sekiranya pelafaz itu melafaz
kata CINTA dan tidak disandarkan dengan rahmat Allah
maka cinta itu laksana mencurah minyak ke dalam api
yang sedang menyala dan seterusnya akan memudaratkan
manusia.

Cinta pada dunia, dunia akan pergi,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta pada
harta, cinta pada dunia dan cinta pada kekasih.
Sehinggakan Laila Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola.

Kita juga mengaku cinta kepada yang Esa yang pada hakikinya
tidak pernah terlintas di sanubari. Buang emak buang
saudara kerana kasih diturutkan.

Tapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita
mengaku menyintai Allah tapi tak pernah melaksanakan
tanggungjawab kepadaNya. Acap kali kita melafazkan
cinta sehingga lalai untuk membuktikan cinta kita pada
yang Esa. Sekadar sembahyang lima waktu yang kadang
kala kita abaikan. Adakah itu bukti cinta kita pada
Allah? Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja,
ataupun sekadar mengeluarkan zakat atas desakan,
itukah yang dipanggil cinta abadi kepadaNya?

Amalan kita hanyalah ala kadar saja. Sedarlah amalan
yang kita bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih
jauh lagi untuk membuktikan cinta pada Allah. Cinta
sebenarnya ialah cinta yang dipenuhi keikhlasan begitu
juga dengan amalan kita kepadaNya.

Tanda-tanda cinta pada Allah:
1. Cinta pada kematian
2. Bermunajat kepada Allah
3. Sentiasa berzikir kepada Allah
4. Berjuang dijalan Allah
5. Melakukan ketaatan dirasakan nikmat
6. Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu
7. Menundukkan nafsu
8. Menjalin kasih sayang sesama makluk
9. Takut berpaling daripada Allah.

apa yg ana nak bincangkan dan kongsikan adalah hikmah
cinta. Cinta adalah dorongan dari perasaan sayang kita
kepada Yang Maha Pencipta, apabila perasaan ini timbul
sudah tentu kita hendak melakukan yg terbaik untuk
Allah. Bagaimana pula cinta dengan makhluk.? apabila
persoalkan persoalan cinta... apa yg terbayangkan di
fikiran kita adalah 'couple'. Sesungguhnya cinta itu
adalah sangat suci kerana banyak hikmah dalamnya.
antara yg terbesar ialah 'jihad' iaitu apabila perasan
rindu itu wujud sudah tentu kita nak jumpa dgn
pasangan kita kan! ttp jika kita menahan untuk tujuan
itu semata-mata takut akan berlaku maksiat sudah
dikatakan melawan nafsu... bukankah kita telah melakukan
jihad kerana Allah.. itu adalah 1 contoh dlm b'cinta.
ttp kenapakah cinta itu disalahgunakan oleh mereka2 di
luar sana?? marilah kita muhasabah diri. cinta itu
boleh mendekatkan diri kita kepada Allah dan boleh juga
menjauhkan diri kita padaNya. tepuk dada tanyalah
iman… .sememangnya cinta pada Allah itu sangat perlu
kita utamakan... kerana cinta Allah itu adalah cinta
yang kekal dan abadi...dan kita tak boleh nak nafikan
bahawa cinta sesama manusia itu juga
perlu..semamangnya cinta kepada sesama manusia itu
lebih banyak buruknya daripada baiknya..jadi, apabila
timbulnya rasa cinta sesama manusia, kita yang berada
dalam situasi itu seharusnya menjaga segala batas²
yang telah ditentukan oleh syarak, kalau kita lihat
senario sekarang ini kebanyakkan mereka yang bercinta
tidak pandai hendak menjaga segala batas yang telah
ditentukan.. ini semua adalah berpunca nafsu
semata²..mereka bercinta bukan atas dasar keikhlasan
tetapi NAFSU...firman Allah yang bermaksud:
" sesungguhnya nafsu itu lebih membawa kepada fahsyak
atau mungkar " justeru itu kawal diri kita daripada
dikuasai oleh nafsu.. apabila nafsu mengatasi diri dan
pemikiran kita maka pastinya kita akan terjerus
kelembah yang hina disisi Allah.. rasanya setakat ini
sahaja dahulu.. ok, apa yg baik jadikan tauladan dan yg buruk itu islahkan moga
jadi baik.. kalau tidak pun buang dekat tempat
pembuangan sampah tidak begitu..hihihi...o.k, salam ukhwahfillah,
assalamualaikum... =)

Monday, August 4, 2008

Fadhilat Sya'ban!!!

Sya’ban merupakan bulan agung dalam taqwim Islam selain Rejab dan Ramadhan. Kehadiran Sya’ban sekali dalam setahun umpama kehadiran sebutir mutiara bersinar dalam gelita kegelapan menuju ke destinasi impian. Sya’ban dijanjikan Allah pelbagai kelebihan dan kenikmatan kepada hambanya yang bijak mengambil kesempatan. Sya’ban sebagai bulan persediaan menyambut dan mengagungkan Ramadhan. Individu yang merebut peluang ini akan merasai kehadiran Ramadhan sebagai suatu yang amat dinanti dan dirindui. Malam agung Lailatul Qadar dirasakan melambai-lambai menggamit kehadiran mereka ke gedung rahmatNya. Namun individu yang membiarkan Sya’ban berlalu tanpa memanfaatkannya akan tidak merasai kesemua ini. Bagi mereka Ramadhan adalah suatu bulan yang penuh kesusahan yang perlu dilalui dengan lapar dan dahaga. Oleh demikian, kita seharusnya melalui Sya’ban sebagai menurut landasan dan kehendak Islam. Seharusnya bagi kita untuk merebut segala mutiara berharga dalam bulan yang dijanjkan dengan pelbagai kelebihan ini. Mutiara-mutiara Sya’ban bakal digilapkan dan disinarkan buat menerangi laluan Ramadhan menuju ke destinai mardhatillah. Penghayatan Sya’ban juga kita nobatkan sebagai mengiktiraf bulan Islam di samping strategi menolak pengiktirafan ke atas bulan-bulan ciptaan yang menjadi keagungan manusia. Justeru itu, marilah kita sama-sama menyambut dan menghayati ketibaan Sya'ban dengan penuh keazaman untuk menambahkan amalan kita. Sabda Nabi SAW: Apabila masuk bulan Sya’ban, baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan Sya’ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Sabda Nabi SAW: Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya’ban mengkafarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (Jasmani dan Rohani) Sabda Nabi SAW: Kelebihan Rejab atas bulan yang lain seperti kelebihan Quran atas segala Qalam. Kelebihan Sya’ban atas bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala Anbiya’ Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhluknya.. Sabda Nabi SAW: Bahawa puasa Sya’ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’ban kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezeki baginya (antara lain sabda baginda SAW) bahawa Allah membukakan pada bulan itu 300 pintu rahmat Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya’ban diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf A.S di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud. (Hadis) Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Sya’ban dan akhir Khamis daripada Sya’ban dimasukkan dia ke dalam syurga.(Hadis dari kitab Albarakah) Sabda Nabi SAW:Allah menilik pada hambanya pada malam Nisfu Sya’ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya. Kemulian rejab pada Isra’nya, Kemulian Sya’ban pada Nisfunya dan kemulian Ramadhan pada Lailatul Qadarnya, Rejab bulan menabur benih Rejab menyucikan badannya, Sya’ban bulan menyiram tanaman Sya’ban menyucikan hatinya, Ramadhan bulan menuai Ramadhan menyucikan ruhnya, Rejab bulan maghfirah Rejab bulan taubah, Sya’ban bulan syafa’ah Sya’ban bulan mahabbah, Ramadhan bulan mardhatillah Ramadhan bulan rahmah. Rejab diganda 70 pahala, Sya’ban diganda 70 pahala, Ramadhan diganda 1000 pahala. SELAMAT MENGHAYATI SYA’BAN.......=)