Sya’ban merupakan bulan agung dalam taqwim Islam selain Rejab dan Ramadhan. Kehadiran Sya’ban sekali dalam setahun umpama kehadiran sebutir mutiara bersinar dalam gelita kegelapan menuju ke destinasi impian. Sya’ban dijanjikan Allah pelbagai kelebihan dan kenikmatan kepada hambanya yang bijak mengambil kesempatan. Sya’ban sebagai bulan persediaan menyambut dan mengagungkan Ramadhan. Individu yang merebut peluang ini akan merasai kehadiran Ramadhan sebagai suatu yang amat dinanti dan dirindui. Malam agung Lailatul Qadar dirasakan melambai-lambai menggamit kehadiran mereka ke gedung rahmatNya. Namun individu yang membiarkan Sya’ban berlalu tanpa memanfaatkannya akan tidak merasai kesemua ini. Bagi mereka Ramadhan adalah suatu bulan yang penuh kesusahan yang perlu dilalui dengan lapar dan dahaga. Oleh demikian, kita seharusnya melalui Sya’ban sebagai menurut landasan dan kehendak Islam. Seharusnya bagi kita untuk merebut segala mutiara berharga dalam bulan yang dijanjkan dengan pelbagai kelebihan ini. Mutiara-mutiara Sya’ban bakal digilapkan dan disinarkan buat menerangi laluan Ramadhan menuju ke destinai mardhatillah. Penghayatan Sya’ban juga kita nobatkan sebagai mengiktiraf bulan Islam di samping strategi menolak pengiktirafan ke atas bulan-bulan ciptaan yang menjadi keagungan manusia. Justeru itu, marilah kita sama-sama menyambut dan menghayati ketibaan Sya'ban dengan penuh keazaman untuk menambahkan amalan kita. Sabda Nabi SAW: Apabila masuk bulan Sya’ban, baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan Sya’ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Sabda Nabi SAW: Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya’ban mengkafarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (Jasmani dan Rohani) Sabda Nabi SAW: Kelebihan Rejab atas bulan yang lain seperti kelebihan Quran atas segala Qalam. Kelebihan Sya’ban atas bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala Anbiya’ Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhluknya.. Sabda Nabi SAW: Bahawa puasa Sya’ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’ban kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezeki baginya (antara lain sabda baginda SAW) bahawa Allah membukakan pada bulan itu 300 pintu rahmat Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya’ban diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf A.S di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud. (Hadis) Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Sya’ban dan akhir Khamis daripada Sya’ban dimasukkan dia ke dalam syurga.(Hadis dari kitab Albarakah) Sabda Nabi SAW:Allah menilik pada hambanya pada malam Nisfu Sya’ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya. Kemulian rejab pada Isra’nya, Kemulian Sya’ban pada Nisfunya dan kemulian Ramadhan pada Lailatul Qadarnya, Rejab bulan menabur benih Rejab menyucikan badannya, Sya’ban bulan menyiram tanaman Sya’ban menyucikan hatinya, Ramadhan bulan menuai Ramadhan menyucikan ruhnya, Rejab bulan maghfirah Rejab bulan taubah, Sya’ban bulan syafa’ah Sya’ban bulan mahabbah, Ramadhan bulan mardhatillah Ramadhan bulan rahmah. Rejab diganda 70 pahala, Sya’ban diganda 70 pahala, Ramadhan diganda 1000 pahala. SELAMAT MENGHAYATI SYA’BAN.......=)
No comments:
Post a Comment