Islam merupakan satu-satunya sistem hidup yang terakhir yang diredhai Allah s.w.t yang membawa kepada pengislahan menyeluruh di dalam diri manusia yang mencakupi setiap dimensi kehidupan. Bermula dari urusan aqidah, ibadah, kekeluargaan hinggalah kepada urusan sosial, politik, ekonomi dan juga hubungan antarabangsa.
Firman Allah s.w.t: "Dan di antara yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu senang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (kaum isteri) perasaan kasih syang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." surah rum:21. Agama Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w telah terbina berpaksikan kekuatan umatnya itu sendiri. Justeru, di antara faktor yang membawa kepada keutuhan umat itu adalah bergantung kepada kesejahteraan dan kekuatan sesebuah institusi kekeluargaan. Manusia telah diciptakan oleh Allah s.w.t untuk berkasih sayang di antara satu sama lain. Perasaan mengasihi dan ingin dikasihi tidak dapat disangkal dari hati sanubari manusia sejak azali lagi. Jelasnya, Allah s.w.t telah menciptakan hawa untuk rasul-Nya, Adam a.s bagi mengisi kekosongan jiwa yang juga merupakan perkahwinan pertama didalam islam dan umat seluruhnya. Firman Allah s.w.t: maksudnya " Wahai manusia, bertaqwalah kamu kepada tuhan kamu yang telah menciptakan kamu daridiri yang satu.Dan daripadanya Allah s.w.t telah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah s.w.t memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak." surah An-Nisa' :1, Bagi golongan muda, perkahwinan telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w bagi mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat. Sabda Rasulullah s.a.w : " wahai pemuda barangsiapa yang mampu di kalangan kamu, hendaklah dia berkahwin kerana ia menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, barangsiapa yang tidak mampu berkahwin maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menundukkan nafsu."
No comments:
Post a Comment