Monday, June 9, 2008

Menuntut Ilmu

KELEBIHAN ORANG YANG MENUNTUT ILMU


Firman Allah :

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ وَالْمَلائِكَةُ وَأُوْلُوا الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ


Maksudnya, [
Allah telah menyaksikan bahawanya tiada Tuhan melainkan Dia, begitu juga para malaikat dan para ahli ilmu turut menyaksikan yang sama, iaitu Tuhan yang berdiri di atas keadilan ]

Aali-Imran : 18

يَرْفَعْ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ


Maksudnya, [
Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan begitu juga orang-orang yang dikurniakan ilmu beberapa darjat ] -

al-Mujadalah : 11


Sabda Nabi saw.

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّيْنِ وَيُلْهِمْهُ رُشْدَهُ


Maksudnya,{
Barangsiapa yang dikhehendaki baik oleh Allah , maka Allah akan meluaskannya faham agama dan akan diilhamkannya petunjukNya }


Sabda Baginda lagi :

مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَطْلُبُ فِيْهِ عِلْمًا سَلَكَ اللهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ


Maksudnya,{
Barangsiapa menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan melorongkan baginya jalan ke syurga }.


Firman Allah,

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَة لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ


Maksudnya, [
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).]. -

at-Taubah : 122


WAJIB MENUNTUT ILMU


Bersabda Nabi saw :

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ


Maksudnya, {
Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap muslim }


Ilmu yang wajib dituntut (fardu ain) ke atas setiap muslim dan muslimah yang aqil-baligh ialah tiga :

  1. Ilmu Tauhid (Usuluddin).
  2. Ilmu Feqah
  3. Ilmu Akhlaq (Tasauf)


Ilmu Tauhid : Kadar yang wajib dituntut ialah sekira-kira sah imanya. Dengannya dapat mengenal Allah (mentauhidkan Allah) pada Zat, Sifat dan Afal Allah. Mengenal rasul-rasul dan rukun-rukun iman yang lain.


Ilmu Feqah : Kadar yang wajib dituntut ialah kira-kira sah ibadatnya. Dengannya dapat mengetahui asas ibadat seperti taharah, solat, puasa dan lain-lain SERTA mengetahui halal dan haram, memahami suruhan dan larangan dalam kehidupan seharian.


Ilmu Tasauf : Kadar yang wajib dituntut ialah kira-kira sejahtera amal-ibadat yang zohir daripada rosak dan batal pahalanya. Dengannya dapat mengenali sifat-sifat hati yang terpuji dan tercela seperti riya’, takabbur, sum’ah, ujub dan lain-lain.

PERINGATAN DARIPADA RASULULLAH SAW KEPADA SI ALIM

أنا من غير الدجال أخوف عليكم من الدجال فقيل : وما هو يا رسول الله فقال علماء السوء

Maksudnya,{ Selain daripada Dajjal ada satu perkara yang sangat Aku bimbangkan lebih daripada Dajjal, Maka tanya sahabat: Siapakah dia ya RasuluLlah? Maka jawab Nabi saw, Ulama’ yang jahat }.


Tujuan Dajjal ialah untuk menyesatkan manusia. Sedangkan Ulama’ Su’ ( jahat ) walaupun lidahnya pandai mengalihkan orang ramai daripada cintakan dunia, NAMUN amal perbuatan mereka ( ulama’ su ) adalah mengajak orang lain berbuat kejahatan kerana AMALAN SESEORANG LEBIH BERKESAN / BERPENGARUH DARIPADA PERCAKAPANNYA .

Orang ramai lebih mudah tertarik dengan perbuatan ulama’ su’ daripada ucapannya.


Orang yang jahil tidak berani menghimpunkan dunia banyak-banyak KECUALI setelah melihat keberanian ulama’ su’ itu. Maka ilmu yang ada pada mereka menjadikan orang ramai berani berbuat maksiat.


SabdaNya lagi :

من ازداد علما ولم يزدد هدى لم يزدد من الله إلا بعدا


Maksudnya, {
Siapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya (amalannya) tidak bertambah, maka ia tidak bertambah daripada Allah melainkan jauh (dari rahmat)}.


ILMU YANG BERMANFAAT


Menambahkan takut kepada Allah Menambahkan pada pandangan mata hati akan keaiban/kecelaan diri Menambahkan makrifat untuk beribadat kepada Allah Mengurangkan sangat gemar pada dunia Menambahkan gemar kepada akhirat Membuka mata hati akan perkara-perkara yang membinasakan amal hingga dijaganya. Menyingkap akan tipu daya syaitan.


PENUTUP


RasuluLlah saw berdoa :

الّلهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنفَعُ وَقَلْبٍ لاَيَخْشَعُ وَعَمَلٍ لاَيُرْفَعُ وَدُعَاءٍ لاَيُسْمَعُ


Maksudnya, Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak bermanfaat Dan daripada hati yang tidak kyusuk Dan daripada amal yang tidak diangkat (terima) Dan daripada doa yang tidak didengari (tidak maqbul ).

No comments: